Saturday, July 24, 2010

Exclusive T Shirt KEDAH SPEED BATTLE 2010 - Up for grabs on event day - LIMITED ONLY!!!!!!

Salam kepada semua warga PLAY MOTORSPORTS.

Berikut adalah design tshirt yang telah 'difinalise' oleh designer kami untuk acara
KEDAH SPEED BATTLE 2010 yang akan berlangsung pada 30 - 31 Julai 2010 (Jumaat - Sabtu) yang akan datang.

200 penyertaan awal akan menerima T shirt ini secara percuma.

T shirt juga akan dijual pada hari tersebut pada harga RM30.




Friday, July 9, 2010

Alhamdulillah // SAUDI // www.saudee.com // Fisrt Event Partner


Alhamdulillah,

SAUDI - http://www.saudee.com/ adalah 'first event partner' bagi fisrt flagship event bagi PLAY MOTORSPORT iaitu KEDAH SPEED BATTLE 2010.

More updates will be posted soon.

:)

Wednesday, July 7, 2010

Penyertaan terhad!!!

Salam,

Penyertaan bagi KEDAH SPEED BATTLE 2010 mendapat sambutan yang hangat.

Sila pastikan anda telah membuat pembayaran penyertaan untuk mengelakkan kekecewaan di kemudian hari.

Hadiah menarik berupa wang tunai menanti setiap pemenang bagi setiap kategori.

Tuesday, July 6, 2010

Perubahan Jadual Kategori - This time its Final - No more changes !!!

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

PLAY MOTORSPORTS selaku penganjur telah memutuskan untuk membuat perubahan kepada jadual bagi setiap kategori.

Peserta adalah disarankan umtuk mengambil perhatian kepada perubahan jadual ini.

30 Julai 2010 - Jumaat
4 Stroke
- Standard Body
- Open Body

31 Julai 2010 - Sabtu
2 Stroke
- Standard Body
- Open Body

Pendaftaran Penyertaan di PERLIS, SUNGAI PETANI, JITRA dan TAMAN JUBLI EMAS

Salam,

PLAY MOTORSPORT akan membuka 'kaunter pembayaran bergerak' untuk penyertaan KEDAH SPEED BATTLE 2010 di beberapa lokasi seperti Jitra, Sungai Petani, Perlis dan Taman Jubli Emas Alor Setar pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ini adalah untuk memudahkan warga 'sprint' sekalian yang mungkin tidak dapat membuat pembayaran terus kepada kami di pejabat urusan kami di Jalan Hutan Kampung, Alor Setar.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran Jitra dan Sungai Petani (Khususnya untuk mereka yang tinggal di kawasan Gurun dan sebagainya), pembayaran bolehlah dibuat di tempat-tempat berikut :

1. KP MOTOR - Jitra
2. STESEN MINYAK PETRONAS - Taman Ria Jaya, Sungai Petani

untuk sebarang pertanyaan atau cadangan sila emailkan pada playmotorsports@yahoo.com atau hubungi nombor-nombor telefon yang telah diberikan.

Sekian terima kasih.

Penyertaan & Tarikh Tutup KEDAH SPEED BATTLE 2010 - Peta Ke Pejabat Urusan PLAY MOTORSPORT


Salam kepada semua warga motor dan PLAY MOTORSPORTS


Sila ambil perhatian.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Julai 2010 (Isnin) dan sila sedia maklum bahawa penyertaan adalah sangat terhad.


Borang penyertaan boleh didapati di tempat-tempat berikut :


1. KP MOTOR - Jitra

2. RACING BEE - Jalan Putra, Alor Setar

3. RACING CORNER - Jalan Putra, Alor Setar

4. YEOW MOTORS - Jalan Putra, Alor Setar

5. HIN LEE - Jalan Putra, Alor Setar (Berdekatan pasar borong)

6. JUN MOTOR - Jalan Sukan Menanti, Alor Setar

7. STESEN MINYAK PETRONAS - Taman Ria Jaya, Sungai Petani



Penyertaan dan pembayaran adalah dibuka setiap hari dan boleh dibuat di pejabat urusan PLAY MOTORSPORT dan R&A Design di Jalan Hutan Kampung, Alor Setar. Sila pastikan anda mengambil resit rasmi sebagai bukti pembayaran untuk dikemukakan pada hari pendaftaran.

(Peta ke pejabat urusan seperti di atas)


Untuk pembayaran penyertaan dan keterangan lanjut sila hubungi nombor di bawah ini :


019 546 6756 - Wahida (Alor Setar)

013 421 8383 - Raimi (Alor Setar)

012 441 1669 - Leh (Alor Setar)

012 350 0533 - Adri (Sungai Petani)
Yuran Penyertaan :
RM 120 - Kategori Open Body (2 Stroke & 4 Stroke)
RM 100 - Kategori Standard Body (2 Stroke & 4 Stroke)


50 penyertaan awal untuk setiap kategori akan mendapat sehelai kemeja T eksklusif PLAY MOTORSPORT - KEDAH SPEED BATTLE 2010

Pembatalan Acara Pertandingan Skuter Tercantik di KEDAH SPEED BATTLE 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Play Motorsport sekalian,

Adalah dengan ini dimaklumkan acara 'Pertandingan Skuter Tercantik' yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada acara KEDAH SPEED BATTLE 2010 telah dibatalkan daripada senarai aktiviti.

Ini adalah kerana kami tidak mendapat sebarang sambutan untuk acara tersebut sejak 'event' ini dipromosi sejak lebih kurang 2 minggu yang lepas.

Aktiviti serta acara yang lain termasuk 'SPRINT TEST' bagi kategori 'Standard' dan 'Open' body (2 stroke dan 4 stroke) akan berlangsung seperti yang dijadualkan.

Sila 'updatekan' diri anda di laman web ini dari semasa ke semasa untuk perkembangan yang lebih lanjut.

Sekian terima kasih.

Kedah Speed Battle 2010 - "Menyatukan Belia Menerusi Sukan Bermotor"